Thursday, January 5, 2017

Tips : Cara menghilangkan bau ketiak atau badan.



Salam sejahtera, pernah tak ada masalah bau badan? Mesti la pernahkan. Da cuba macam-macam produk pun masih sama bau masih ada, lagi-lagi bau kat ketiak tu. Kat pasaran memang banyak jenama deodorant, kita memang sedia maklum yang deodorant nie nak hilang kan bau badan. Point utama bau kat ketiak tu. Da tak yah nak pikir panjang-panjang bawak bertenang. 

Guna nie TOTAL IMAGE Smelly No More. Ape lak bende nie yang power sangat, bende nie berbentuk Kristal. Senang je nak guna basahkan permukaan Kristal tu dengan air pastu gosok kat ketiak la. Bende nie x de bau, pas mandi terus pakai ketiak tidak akan berbau sepanjang hari. bende nie kalau guna hari-hari pun boleh tahan lama berbulan – bulan. Bende nie tak terkenal macam jenama lain yang kat tv tu. padahal bende nie da lama ade kat pasaran.  Percaya la aku guna produk nie da lama. 

Harga tak la mahal sangat baru RM17 kat farmasi ade kat 11street pon ade. Ade bnyak jenama sama cam produk nie. yang aku bagi nie yang aku guna la. Yang lain aku tak tau bagus ke tak, so aku yang ak u cerita kan nie yang aku guna je la, tak de tinggalkan kesan kuning kat baju korang yang putih tu. Ade iklan tu kate je tak tinggalkan kesan kuning padahal guna ade je tinggal, memang tak leh caye. Marketing je lebih stress aku. Bende nie ade 60g ngan 120g. 

nak tambah lagi baik guna selepas mandi. Sebelum badan berpeluh, kalau tak mmg tak mujarab. Pas mandi lap ketiak bagi kering pastu basahkan Kristal nie pastu gosok kat area ketiak. Senang je. jangan basahkn ketiak dgn air pastu gosok bende nie. tak mujarab gak. Pahamkan apa aku nak sampaikan. Tu je la tq.

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3.

p/s: just kongsi pengalaman sahaja. company produk nie tak bayar pon aku untuk review benda nie. banyak sangat guna ayat bende nie.
           

Sunday, May 22, 2016

Tips : cara menghapuskan anai – anai.

Tips : cara menghapuskan anai – anai.

Rasanya tidak perlulah nak cerita lebih terperinci pasal anai – anai ini. Contohnya bentuk macam mana, datang dari mana, kenapa makan kayu.

Kalau tengok kat blog lain pon ade cerita pasal ini. Taip je kt en google pasal anai – anai ini terus keluar.

Ok. Kadang nak hapuskan anai nie tengok cam susah. Contoh orang disekeliling bagi tips nak kne cari tu la nak kne cari nie la.. susah.

Contoh yang saya jumpa kat dalam blog ade org share. Guna minyak tanah, tembakau, air cucian beras, air kapur sirih, garam dapur, dan yang paling senang racun. Bende nie sume kebanyakkan nak kene g beli kat kedai.

Rse cam payah nak kne g bli kat kedai la. Nie ade satu tips yang saya nak kongsikan. Guna sabun serbuk basuh baju. Hah dgr cam bleh ke nie. Betul ke nie.

Mustahil la kat umah xde bende nie. Senang je cara nak buat.

1.       Ambik satu sudu ke satu skop ke bubuh dalam botol spray.
2.       Pastu isi la air bagi penuh. goncang sikit bagi sebati.
3.       Ape lagi kasi tembak la kt tempat yang ade anai – anai tu.
4.       Lalu KO la anai – anai tu.
botol macam nie pon bleh. asalkan boleh spray.



p/s : senangkan. Bajet pon x la kne kuar banyak sangat. Terima kasih kerana sudi membaca. Banyak lagi tips akan menyusul selepas ini.


Friday, October 2, 2015

TIPS : CARA MEMPERBAHARUI LESEN MEMANDU (RENEW LESEN MEMANDU)

Salam sejahtera, ramai yang diantara kita masih lagi ragu-ragu ataupun erti kata lain tidak mengetahui untuk memperaharui lesen memandu yang baru yang berbentuk kad seperti kad pengenalan.

Sekarang kebanyakan orang awam yang hendak memperbaharui lesen hanya tahu membawa lesen yang lama seperti rajah dibawah.


Figure 1.
(sumber dari google)

Lesen memandu yang baru boleh diperbaharui di dua tempat iaitu di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pos Malaysia.



Figure 2.
(sumber dari google)

Ada perbezaaan jika mahu memperbaharui lesen memandu di JPJ dan Pos Malaysia.

Yang pertama untuk memperbaharui lesen di JPJ

Apa yang perlu ialah ic,gambar passport background putih, or owner dan lesen yang sudah tamat untuk rujukan kaunter.

Renew lesen rm30 untuk setahun. Biasenye lesen akan tamat tempoh pada tarikh lahir. Akan ada cas pelarasan tempoh.. biasa nye rm15.

Ambil no giliran, ke kaunter setelah no dipanggil n orang di kaunter akan tanya berapa tahun mahu renew.

Setelah bayar, seterusnya anda akan ke kaunter lain untuk mengambil kad lesen yang baru. Petugas kaunter akan memberitahu anda untuk pergi ke kaunter sekian2. (bergantung ke JPJ mana yang anda pergi)

Resit bayaran telah diberikan ke kaunter tersebut n tunggu giliran untuk mengambil kad baharu.

Ini adalah langkah2 yang akan dilakukan oleh anda atau pun wakil anda.

                1.sebelum ke JPJ pastikan ada lesen memandu yang telah tamat tempoh. 
                   Cip ic elok or ada gambar ukuran passport background putih.
                2. ambil no giliran di bahagian lesen memandu.
                3.bayar untuk renew lesen.
                4.ke kaunter pengambilan kad dan serahkan resit.
                5.tunggu sehingga kad siap.
               
Yang kedua untuk memperbaharui lesen memandu di Pejabat Pos.

Yang perlu ada ialah ic yang cipnya elok or kata lain masih boleh digunakan.

Jika ic rosak anda terpaksa ke jpj yang terdekat untuk memperbaharui lesen memandu.

Jika nak selamat sebelum ambil no giliran Tanya dahulu di kaunter pos boleh cek tak ic sy elok ke x.

Klu x, wat penat beratur n cip rosak.. buang masa sahaja tggu giliran lama2.

                1.pastikan cip ic elok.
                2.ambil no giliran.
                3.bayar dan isi form yang di berikan oleh petugas kaunter dan tunggu lesen siap.


p/s:untuk ic tentera kena wat kat jpj. Pejabat pos tidak boleh. tq

Surat Akuan Bujang

salam sejahtera, ini adalah contoh surat akuan bujang yang aku dapat dari internet yang boleh digunakan untuk berkahwin. kalau yang berasal dari kuala lumpur surat akuan bujang ini memang diperlukan untuk urusan perkahwinan.



                                                                                                                                     



Tarikh:

Penolong Pengarah,
Bhgn Nikah, Cerai dan Rujuk
Pentadbiran Undang-undang Syariah
Tingkat 3, Blok Perpustakaan
Kompleks Pusat Islam,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Jalan Perdana 50480, Kuala Lumpur

Tuan,

PER: SURAT AKUAN BUJANG

Adalah dengan ini diakui bahawasanya (NAMA ANDA) No kad pengenalan;(NO IC ANDA), adalah seorang pekerja di syarikat ini dan mengikut rekod syarikat kami, (NAMA ANDA) adalah masih seorang BUJANG dan BELUM PERNAH BERKAHWIN.

Surat akuan bujang ini hanya boleh diterima pakai sehingga selesai permohonan perkahwinan beliau.

Sekian terima kasih.

Yang benar

NAMA ORANG YANG MENGELUARKAN SURAT


Cop syarikat DAN TANDA TANGAN pegawai

Saturday, March 7, 2015

Nasi padang Kuala Terengganu

Salam sejahtera, tadi aku baru sahaja makan nasi padang di Kuala Terengganu. Actually da agak lama ak x mkn kt kdai nie. Last mkn pon mse tahun lepas da x ingat lak plak bulan berapa. 1st time g kdai tu waktu tghari dlm pkol 1. Mse tu org beratur panjang 2 line, tau kdai nie pon dari org2 area situ gak. Mse tgh beratur tu tgk la jgak kn ape lauk tghari yang ade. Dalam hati da tau da nak ape sje wat2 cm nak pilih banyak lauk, kat kedai tu ade lauk ikan,ayam,daging 2 yang ak perasan la. Bg ak prefer ayam goreng berlada je. 

Beratur panjang pon x perlu tggu lama sbb pekerja kdai tu ramai oh lpe lak lauk pekerja kdai tu tlg ambikkn trmasukla nsi kte perlu tunjuk je nak lauk pe. Ble da smpai turn ak dorg akan tanye nak mkn sini or bungkus, jangan terkejut lak ble ckap mkn sni dorg ambik kertas minyak ngan daun pisang sebagai alas. Sbb dorg x gne pinggan dan mse beratur pon kte boleh nmpak org mkn kat situ beralaskan kertas minyak dan dlm die ade daun pisang. 

Sambung blik pe pas die tanye bungkus or mkn sni. Ak mkn kt kdai tu, die ambik bubuh daun pisang sebagai alas nasi, timun dan sambal belacan, klau x nak smbal belacan bgitau je. Tp rugi la mkn nsi padang x de smbal belacan. Pekerja tu akan campurkan kuah2 yang ade tp sikit2 jer, mgkn dlm 5 jenis kuah pada mula nmpak luaran ble da kuah campur nmpak x menyelerakan. 

Pas tu ak pilih lauk ayam goreng berlada n ak da dpt nsi dduk je kt mne2 meja kosong. Biase nye bru je dduk akan ade sorg brader dtg utk ambik order air, ak cam biase the ais la sebagai pilihan hati. Hahaha. Air pon da smpai ape lgi doa mkn dlu pastu trus la mkn, rse die pehhhh!!! Mengagumkan. Haha. Nsi ngan lauk pon da abis air pon abis jgak. Yg tggl g byar je, biasenye rse dlu bru byar. Tadi (4/3/2015) ak mkn nsi lauk ayam goreng ngan teh ais rm6.80 ok la not bad. So spe yang g kuala Terengganu bleh cube klau nak rse masakan nsi padang tu. 

Nasi Padang Bukit Kecil. Dekat dengan Sabasun hyperruncit. Kdai nie bkak wktu tghri je tp spe yang nk g 2 pkol 12 tghari ok la xde la beratur panjang sngat kn. Yang penting parking kete x ssah.

Lokasi : Jalan Sekolah China, Kampung Bukit Kecil, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu

Gps coordinat : 5°18'57.7"N 103°08'07.4"E

Gamba google street


Ini gambar sebenar tanpa edit. 


Tuesday, March 3, 2015

Sudah lama tidak berblog.

Salam sejahtera, agaknya sudah lama aku tidak menulis didalam blog ini. Sebelum ini ada blog lain, tapi nak sedap cerita aku buat la blog baru. da agak lama da tak menaip panjang cam nie. Sekarang ini banyak benda atau perkara atau tutorial atau trick yang kau nak kongsikan bersama agar sume orang dapat pengetahuan yang sama macam aku.

Itu yang ak wat blog nie Apa Yang Aku Tahu Sahaja. so ak kong si apa yang ak tau sahaja la kan. Tak semua yang aku tahu, tapi sedikit sebanyak ak boleh la berkongsi pengalaman ak tentang sesuatu yang pernah ak lalui or hadapi. sekarang nie pon agak kering idea nak kongsikan apa yang ak tahu. terlalu banyak sampai jd kering idea ak nak kongsi kan. tak tahu nak kongsikan apa dulu. 

Yang aku taip panjang berjela nie pon sebagai warm up ak utk menaip panjang2, bkan menaip panjang2 berjela tapi xde pengisian. at least ade la bende yang boleh kte kongsikan bersama. rse nye ckup la yg nie saje ak nk luahkan.haha, luahkan ke kongsikan nie? buat masa ini bende ini la ak nak taip dulu. tq