Friday, October 2, 2015

TIPS : CARA MEMPERBAHARUI LESEN MEMANDU (RENEW LESEN MEMANDU)

Salam sejahtera, ramai yang diantara kita masih lagi ragu-ragu ataupun erti kata lain tidak mengetahui untuk memperaharui lesen memandu yang baru yang berbentuk kad seperti kad pengenalan.

Sekarang kebanyakan orang awam yang hendak memperbaharui lesen hanya tahu membawa lesen yang lama seperti rajah dibawah.


Figure 1.
(sumber dari google)

Lesen memandu yang baru boleh diperbaharui di dua tempat iaitu di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pos Malaysia.



Figure 2.
(sumber dari google)

Ada perbezaaan jika mahu memperbaharui lesen memandu di JPJ dan Pos Malaysia.

Yang pertama untuk memperbaharui lesen di JPJ

Apa yang perlu ialah ic,gambar passport background putih, or owner dan lesen yang sudah tamat untuk rujukan kaunter.

Renew lesen rm30 untuk setahun. Biasenye lesen akan tamat tempoh pada tarikh lahir. Akan ada cas pelarasan tempoh.. biasa nye rm15.

Ambil no giliran, ke kaunter setelah no dipanggil n orang di kaunter akan tanya berapa tahun mahu renew.

Setelah bayar, seterusnya anda akan ke kaunter lain untuk mengambil kad lesen yang baru. Petugas kaunter akan memberitahu anda untuk pergi ke kaunter sekian2. (bergantung ke JPJ mana yang anda pergi)

Resit bayaran telah diberikan ke kaunter tersebut n tunggu giliran untuk mengambil kad baharu.

Ini adalah langkah2 yang akan dilakukan oleh anda atau pun wakil anda.

                1.sebelum ke JPJ pastikan ada lesen memandu yang telah tamat tempoh. 
                   Cip ic elok or ada gambar ukuran passport background putih.
                2. ambil no giliran di bahagian lesen memandu.
                3.bayar untuk renew lesen.
                4.ke kaunter pengambilan kad dan serahkan resit.
                5.tunggu sehingga kad siap.
               
Yang kedua untuk memperbaharui lesen memandu di Pejabat Pos.

Yang perlu ada ialah ic yang cipnya elok or kata lain masih boleh digunakan.

Jika ic rosak anda terpaksa ke jpj yang terdekat untuk memperbaharui lesen memandu.

Jika nak selamat sebelum ambil no giliran Tanya dahulu di kaunter pos boleh cek tak ic sy elok ke x.

Klu x, wat penat beratur n cip rosak.. buang masa sahaja tggu giliran lama2.

                1.pastikan cip ic elok.
                2.ambil no giliran.
                3.bayar dan isi form yang di berikan oleh petugas kaunter dan tunggu lesen siap.


p/s:untuk ic tentera kena wat kat jpj. Pejabat pos tidak boleh. tq

Surat Akuan Bujang

salam sejahtera, ini adalah contoh surat akuan bujang yang aku dapat dari internet yang boleh digunakan untuk berkahwin. kalau yang berasal dari kuala lumpur surat akuan bujang ini memang diperlukan untuk urusan perkahwinan.



                                                                                                                                     



Tarikh:

Penolong Pengarah,
Bhgn Nikah, Cerai dan Rujuk
Pentadbiran Undang-undang Syariah
Tingkat 3, Blok Perpustakaan
Kompleks Pusat Islam,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Jalan Perdana 50480, Kuala Lumpur

Tuan,

PER: SURAT AKUAN BUJANG

Adalah dengan ini diakui bahawasanya (NAMA ANDA) No kad pengenalan;(NO IC ANDA), adalah seorang pekerja di syarikat ini dan mengikut rekod syarikat kami, (NAMA ANDA) adalah masih seorang BUJANG dan BELUM PERNAH BERKAHWIN.

Surat akuan bujang ini hanya boleh diterima pakai sehingga selesai permohonan perkahwinan beliau.

Sekian terima kasih.

Yang benar

NAMA ORANG YANG MENGELUARKAN SURAT


Cop syarikat DAN TANDA TANGAN pegawai